Mohon undur sementara waktu
Maaf kerana blog ini tidak akan di"update"kan sehingga hujung tahun ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Rakan kongsi saya masih sedang bercuti kerana bersalin dan atas saya juga kerap berulang alik kePulau Pinang atas urusan "renovate" Cawangan pejabat saya yang akan dibuka tidak lama lagi. Oleh itu saya kesuntukkan masa untuk paparkan aktiviti-aktiviti KeADILan dan Pakatan Rakyat Raub buat masa sekarang.
Dan yang paling menyeronokkan, saya juga, insyaAllah, akan berlepas keTanah Suci tidak lama lagi untuk mengerjakan ibadat Haji. Buat masa ini saya sedang menguruskan penyediaan terakhir untuk berangkat.
Walau apa pun saya berjanji untuk paparkan berita-berita menarik sebaik rakan kongsi saya kembali dan Pejabat saya diPulau Pinang mula beroperasi. Lebih elok kalau saya katakan bahawa blog ini akan diaktifkan sekembalinya saya dari Tanah Suci.
InsyaAllah, tahun 2010 akan melihat Parti KeADILan Raub berwajah baru apabila pengstrukturan semula dilakukan dan banyak lagi cawangan akan dibuka.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk ucapkan "eid mubarak" kepada semua pengunjung yang dihormati.





